Assalamualaikum w.b.t & good day, mate ;)
Date : 6 - 9 May 2016
Location : Sydney, Australia
Total Damaged : RM2582.19
1. Tiket fligt with 20kg luggage + hotel (airasiago) : RM1536.192. Visa : RM20
3. Money changer : AUD 300 = RM914.60
4. Entrance ticket Featherdale Wildlife Park : RM93
5. ERL TBS-KLIA2: RM38.40
6. Teksi KLIA2-Cheras: RM118.70 (sebab housemate belanja, aku tak masukkan dalam kos)
(p/s: Exchange rate AUD3.05 = RM10.00)
Kenapa kangaroo wujud di Australia sahaja?
Sebab kalau kangaroo wujud bersepah kat negara lain, aku tak kan jejak Australia semata nak memburu kangaroo. Huh,cliche ke tak jawapan ni :)
Malas nak bebel panjang, jom terus ke details menjejak kangaroo di bumi Australia. BTW, aku pergi berdua je dengan housemate.
TIKET & HOTEL
Kami booked tiket flight time Air Asia buat promo. Mula2, nak booked tiket sahaja but terasa nak try guna AirAsiaGo. Survey punya survey, rasa macam murah je tiket + hotel which is RM1536.19 include 20kg luggage untuk return ticket. Sebab time ni aku sejenis pemalas nak survey hotel kat trivago etc. Dan kebiasaanya Air Asia akan suggest hotel yang berdekatan dengan public transport & main attractions. Plus, dia ada mention hotel tu provide wifi or tidak.
Springfield Lodge |
Ruang dalam bilik |
Toilet |
Kami pilih Springfield Lodge sebab baca review bagus je hotel ni. Ada wifi, dekat dengan train station, dekat dengan bandar Sydney (if guna train, hanya 1 stop untuk ke central Sydney). Receptionist pun friendly, cuma bilik dia takde la besar macam hotel standard kat Malaysia. Kecil ngam2 untuk 2 katil single, meja & toilet. Toilet pun sangat selesa & bersih. If korang bawa family memang tak sesuai sebab budak2 maybe perlukan space yang besar untuk korang tukar lampin, baju bagai. But, it's ok untuk light traveller macam kami. Selesa je. Plus, dekat depan hotel ni ada banyak kedai makan & supermarket yang buka 24 jam. Nak beli breakfast pun senang sebab cafe pukul 6 pagi dah buka.
VISA
Visa |
Pelancong dari Malaysia yg nk masuk Australia memerlukan visa. Tapi, jangan risau. Senang je nak buat visa ni. Asalkan pasport korang still hidup melebihi 6 bulan dari date nak travel. Aku buat visa through online dengan Kak Intan je. Macam kenal je dengan Kak Intan ni. Padahal, tak kenal pun. Tahu dia ada buat servis visa pun melalui blog lain. Servis Kak Intan ni sangat tip top dan cepat. Sehari je dah bole siap. Hari ni emel details yg dia request & esok dah siap visa tu. Eh, ni bukan iklan berbayar eh. Saje suggest buat dengan dia sebab murah & cepat. Pada yg nak buat visa dengan dia, just emel ke:
eta.australia@yahoo.com
Pastu, tunggu la dia reply. Jangan la expect dalam masa 5 minit dia nak reply sebab ramai lagi customer dia nak reply. Be patient & wait for your turn ok ;)
PENGANGKUTAN
Sebaik sahaja kami landing di Sydney International Airport, kami hanya guna train sahaja sebagai pengangkutan utama. Lain pilihan, jalan kaki pun boleh. Nak jalan kaki pun boleh sebab main attractions kat Sydney macam Circular Quay, Darling Harbour, Sydney Opera House, The Rocks tu semua dalam satu kawasan yg sama. Ada la juga naik feri kat Circular Quay ke Darling Harbour sebab nak merasa feeling angin malam, pastu nak amek gambar Sydney Opera House dari atas feri. Padahal, boleh je jalan kaki. Well, bila lagi nak menggedik. Bukan selalu datang Sydney.
Ketapi kat sini dua tingkat & sangat menepati masa. Jangan risau, mula2 je rasa pening tengok route ketapi tu. Macam kitorang ni pun 1st timer datang negara omputih. Dah la 1st timer, main aci redah je explore jalan kat sini. Tapi bila dah sehari tu asyik guna train, esoknya dah jadi mcm rakyat Australia je rasa sebab nak baca maps train tu dah di hujung jari. Cewahhh ;)
![]() |
Train route |
Cuma bila kami pergi Blue Mountains, kami kena naik bus untuk ke Scenic World. Tu pun free sebab kitorang naik Explorer Bus. Ada je public bus & tourist bus. Tapi bus ni best sebab pemandu bus dia friendly & terangkan tempat2 yang kita lalu. Pastu, dia suka bagi suggestion nak turun kat point2 mana.
Kat sini, every public transport korang kena guna Opal Card. Opal card ni senang je nak cari. Biasanya, ada kat kedai yg macam 7 eleven dan seumpamanya. Kat depan kedai dorang ada signboard opal card. Nak topup pun senang. Nak lagi senang, turun je dari airport terus pergi kedai nama WHSmith. Kat situ ada jual. Aku suggest topup 50 AUD dulu. Jangan terus topup banyak sebab tak boleh refund. 50 AUD tu ngam la untuk 4d3n. Lagipun, setiap hari ahad lepas penggunaan 2.50 AUD menggunakan opal card, korang boleh naik public transport secara free. Tak kena cas pun bila tap opal card tu kat mana2.
Opal Card. Train kat sini dua tingkat. |
Details bus, train & feri boleh baca kat next entry untuk setiap tempat yang aku jejak, ok.
MAKANAN
Makanan halal area Sydney senang nak cari. Nampak je kedai Pak Arab jual kebab, insyaAllah halalan toyyiban. Biasanya kedai dorang ada kebab & pizza je. Ok la tu. Tapi kitorang ada juga standby maggi, sambal ikan bilis dalam tin, tuna, biskut. In case, malam2 buta lapar & bangun2 pagi je nak sarapan.
SIM CARD
Sebaik sahaja landing di Sydney International Airport, kitorang terus cari sim card. Tu la benda paling penting skali untuk orang anti-social macam aku ni. Bila balik Malaysia, ramai kawan2 tanya, kau pergi guna travel agent mana, siapa yg guide. Well, kitorang main aci redah je. Dah la first time jejak kaki kat Sydney. So, the key to our journey is just asking people when we do not know the direction. Easy peatsy kan? Dorang pun friendly & very helpful. Jauh pula cerita pasal sim card ni. Nak cakap je bila turun je dari flight, cepat2 tanya kat orang mana nak cari sim card. Dia pun tunjuk la direction & nama kedai. Ada la a few kedai sim card.
'yes' OPTUS sim card |
Jenis2 pelan sim card |
Kami memilih 'yes' OPTUS sim card sebab tu kedai pertama yg kitorang nampak. Gelojoh sangat nak tukar sim card. Pelan yang available adalah 2 AUD untuk 500mb/day. Kami ambil pelan seminggu terus which is 10 AUD for 1gb/week. Just kena bagi pasport & buat bayaran, and then you're done.
ITINERARY & BUDGET DETAILS
DAY 1 : 6 MAY 2016 (KUALA LUMPUR - SYDNEY)
9.40am:
- Tiba di Sydney International Airport, collect luggage, declare barang makanan
- Beli sim card di airport AUD10
- Opal card beli di WHSmith airport AUD40
- Terus naik train untuk ke hotel Springfield Lodge AUD16.34
- Sydney airport - central station
- Central station - King Cross (platform 24)
2.15pm:
- Hotel -Milsons Point (nak pergi Sydney Opera House, The Rocks, Circular Quay, Darling Harbour, Hard Rock Cafe, Sydney Harbour Bridge, Botanical Garden) AUD2.36
- Train dari King Cross - Town Hall (platform 1)
- Tukar train: Town Hall - Milsons Point (Platform 3)
- Lunch dekat bawah train station
- Fish n Chips AUD15
- Orange juice AUD4
- Turun je station, pergi belah kanan untuk ke Cahill Walk
- Cahill Walk ni lalu atas Sydney Harbour Bridge untuk cross ke The Rocks market, Sydney Opera House & Circular Quay
- Bersiar2 di Circular Quay & Botanical Garden
- Sunset view di Sydney Opera House
- Tak pergi The Rocks market sebab tutup pukul 5pm
5.30pm:
- Hop on feri di Circular Quay untuk ke Pyrmont Bay (Wharf 5- side A) AUD5.74
- Wharf 5 = Platform 5
- Feri ni banyak stop ig. Darling Station, Darling Harbour etc.
- Hop off di Pyrmont Bay untuk pergi Hard Rock Cafe
- Jalan2 sekitar Darling Harbour
- Balik hotel naik train AUD2.36
- Town Hall - King Cross (platform 5)
9.00pm: Hotel
DAY 2 : 7 MAY 2016 (SYDNEY - BLUE MOUNTAINS - SYDNEY)
7.00am:
- Hop on train untuk ke Blue Mountains
- King Cross - Central station (platform 1) AUD2.36
- Central station - Katoomba (platform 7) AUD3.45
- Tiket masuk ke Scenic World AUD39
- Beli madu Blue Mountain 2 botol AUD25
- Tambah topup opal card AUD20
4.20pm:
- Hop on explorer bus ke Echo Point (view 3 Sisters paling cantik & dekat)
5.00pm:
- Hop on public bus ke train station AUD2.51
- Dinner kebab di kedai GAZI
- Beef kebab AUD8
- Sparkling orange drinks AUD4
5.28pm:
- Train dari Katoomba - Central station (platform 1) AUD3.45
- Central station - King Cross (platform 24) AUD2.36
8.00pm: Hotel
DAY 3 : 8 MAY 2016 (SYDNEY - FEATHERDALE - SYDNEY)
6.50am:
- Hop on train dari hotel AUD2.45
- King Cross - Central station (platform 1)
- Central station - Blacktown (platform 7)
8.33am:
- Jalan 1 min ke bus stop.
- Blacktown - Featherdale Wildlife Park (bus no. 729)
- Tiket masuk Featherdale beli online RM93
11.23am:
- Featherdale - Paddy's Market
- Hop on bus dari Featherdale Wildlife Park - Blacktown (bus no. 279)
- Hop on train dari Blacktown - Central station (platform 24)
- 8mins walking distance to Paddy's Market (beli souvenirs)
- T-shirt, keychain, cooking gloves, beg, signboard kangaroo AUD80
2.30pm: Balik hotel, solat, letak barang
3.30pm:
- Hop on train ke Pitt Street Mall. Housemate aku nak borong alas meja kat Zara Homes
- King Cross - Town Hall (platform 1)
- Town Hall - Zara Homes 5mins walking distance
5.30pm:
- Dinner area sini kat Nefis Kebab
- Pizza 3 slices AUD12
- Air beli kat Chatime. Rasa harga standard tp bila convert MYR. Mahal gilos AUD5.50
- Masuk starbucks jap sebab housemate nak cari tumbler
6.10pm:
- Balik hotel naik train dari Town Hall - King Cross (platform 5)
DAY 4: 9 MAY 2016 (SYDNEY - KUALA LUMPUR)
6.00am:
- Breakfast kat cafe depan hotel
- Salted Caramel Pretzel AUD3.50
- Coffee mocha AUD3.50
- Beli mini choc pretzel 3 bungkus AUD11.97
6.40am:
- Airport transfer Springfield Lodge - Sydney International Airport AUD14
7.30am: Check-in
6.40pm: Sampai KLIA2. Delayed 1jam sebab strong turbulence.
8.30pm: Sampai rumah terus cari kedai makan order nasi putih + tomyam seafood ;)
(p/s: Exchange rate AUD3.05 = RM10.00)
No comments:
Post a Comment