Monday, December 28, 2015

Hidden Forest in Malaysia : Ulu Muda Earth Lodge




Bird-hunting


Assalamualaikum w.b.t. & good day ;)



You can skip the intro if you directly wanted to know about the trip. Just scroll down.



Being a kampung girl makes me a tough young girl. Although I know myself as an adventurer, it seems that the word blown faster to mostly my dear friends.

I have known Fazrina since form 1. Since she works with World Wildlife Fund (WWF), she offered me a chance to become a volunteer with WWF. She knows I would love this stuff. In return, I got the allowance and free ride to Ulu Muda Earth Lodge.

Ulu Muda Earth Lodge is situated in Kedah. You can reach there by car and take a speed 'sampan' from Ulu Muda Jetty to the earth lodge. For more info about the earth lodge, you can visit the link below.

http://earthlodgemalaysia.com/


JULY 27, 2015



Hey-ho!

Kami pergi bertiga dari KL. Bertolak 8 pagi and sampai Sik, Kedah dalam 5 jam. Dari Sik nak ke jeti Ulu Muda take time sejam. Fazrina kawan aku ni dah deal dgn pakcik yang kerja kat earth lodge untuk tunggu kitorang kat jeti pukul 3 ptg. Kitorang sampai awal. Dari dok termenung, kitorang pun round la area jeti. Kat jeti ni ada la warong dibuka untuk minum & makan. Ada juga tempat pengumpulan hasil laut. Ikan confirm la segar2 sebab dorang menjala & memancing dan terus hantar sini. Nak ikan hidup pun ada. Menurut penduduk sini, Sungai Ulu Muda ni famous dengan ikan 'silver arowana'. Tapi, sejak aktiviti pembalakan dan menjala/memancing yg tersangat aktif, ikan ni dah jarang dijumpai. Memang 'rare' sangat nak jumpa. Almost impossible katanya.



Jeti Ulu Muda


Tepat jam 3 ptg, kami pun bertolak menaiki sampan laju menuju ke earth lodge. Sejam juga la perjalanan. Sepanjang perjalanan tu, kitorang dapat la tengok pakcik2 ni menjala ikan. Air kat sini jernih & udara pun nyaman je. Sampailah tetiba je hujan lebat. Memang takde dah feeling angin sepoi2 bahasa. Masing2 memeluk tubuh kesejukan sebab tak prepare nak hujan kecuali kawan kitorang, Max. Pakcik yang bawa sampan ni of course lah relax je.


Penduduk setempat menjala ikan di tasik Ulu Muda


Perjalanan memakan masa sejam menaiki bot laju


Sampai je kat earth lodge kitorang disambut riang & mesra oleh Hymer, owner earth lodge. Hymer kata kitorang terlambat sikit je sebab tadi baru je ada gajah dok asyik makan daun dekat dgn gigi air tempat kitorang turun dari sampan. Then, kitorang terus check in masuk bilik. Disebabkan kitorang memang suka masuk hutan, so kemudahan dalam bilik ni dah cukup untuk kitorang. Setiap bilik disediakan dengan katil lipat (yg macam askar tu), sleeping bag & tikar gulung. Bilik kitorang ada 2 katil & attached bathroom.

Sebenarnya tujuan kitorang datang sini sebab nak tolong Max dengan kajian master dia. Menurut Max, dia buat kajian untuk menilai hutan Ulu Muda ni. Max ni study kt Imperial College London tapi dia lebih tau wujudnya Ulu Muda drpd aku yg tak tahu pun Ulu Muda ni wujud. So, lepas kitorang check in, aku, Fazrina & Max pergi la ke pondok istirehat (macam town hall game COC). Kitorang disajikan teh panas & kek pisang. Dalam hutan pun dapat merasa kek pisang tau. Memang nikmat gila.

Hari ni takde apa2 aktiviti sebab hujan. So, kitorang berlambak di town hall je. Kat town hall ada beberapa buku berkaitan burung, haiwan & tumbuh2an. Kitorang pun menelaah buku2 ni. Well, Fazrina & Max confirm la suka benda2 ni sebab memang kerja dorang. Aku try jela baca buku pasal burung & haiwan yg biasa ada kat hutan Malaysia ni.

Malam pun takde aktiviti just makan je.  Kitorang makan semeja yang terdiri daripada aku, Fazrina, Hymer (Malaysia), Max (London), Elena & Alex (Switzerland). Elena & Alex ni kerja as bird conservationist. Dorang dh stay beberapa hari yg lepas before kitorang sampai. Alex ni sampai bole tiru bunyi burung macam2. Dia kalau Nampak monyet pun jakun. Cepat2 amek kamera nak tangkap gambar. Aku patut bawa dia datang rumah sebab depan rumah aku berlambak monyet. Maybe, dia akan terus nak berhijrah ke rumah aku sebab senang sangat jumpa monyet.

Time makan aku dan rakyat marhaen Malaysia yang lain memang pakai tangan je. Omputih confirm guna sudu & garfu. Dorang sangat kagum dengan budaya kita makan pakai tangan. Alex & Max kata dorang pernah try makan pakai tangan tapi sikit je dapat cekup makanan tu kat tangan. Seksa katanya sebab bila sampai mulut, sejemput je yang dijamah. Tambah Alex lagi, dia makan sampai baju dia berkecah (kotor) sebab nak usahakan makanan sampai ke mulut. In the end, dia guna je sudu & garfu kalau makan nasi. Ni ibaratnya kalau aku nak makan mee guna chopstick. Mula2 dapat banyak mee tu. Skali sampai kat mulut, seurat mee je. Sambil makan, memang banyak bunyi2an kat hutan ni. Setiap kali bunyi, Hymer akan inform tu bunyi apa. Burung jenis apa. Haiwan apa. Sekali-sekala, Alex akan tiru bunyi burung yang dia kenal.



Alex si peminat burung


After makan, Hymer tunjuk pada kami binatang yang dia berjaya tangkap guna camera trap. Aku pun x ingat sangat nama haiwan2 ni. Yang aku ingat ada burung merak, tapir, babi hutan, tiger cat & sun bear. Dorang pun tak kedekut ilmu untuk share knowledge pasal flora & fauna ni. Next, kitorang pun balik bilik tido. Kat sini bila malam, elektrik memang akan dimatikan sebab power guna generator je.

Next morning, aktiviti kitorang selepas sarapan ialah jungle trekking. Tak boleh buat tubing sebab arus sungai deras dan hujan. Before trekking, Hymer kasi pinjam stoking pacat as precaution. First, trekking kami lalu di Sira Ayaq Hangat (Sira Air Hangat). Sira atau English name 'saltlicks' ni kawasan favourite binatang2 kat sini terutama haiwan paling berbahaya sekali di dunia. Cuba teka? GAJAH! Sira ni kaya dengan mineral. Sebab tu haiwan2 ni suka. Kami ingatkan dapatlah jumpa gajah tapi takde rezeki. Jumpa tahi gajah yang masih hangat je ada la. If I'm not mistaken, ada beberapa lagi kawasan sira seperti Sira Gajah tapi disebabkan kekangan masa, kami tak pergi pun. Kat saltlicks ni ada benda kaler putih macam seaweed je aku tengok. Hymer bagi kitorang rasa. Dorang kata rasanya masin2 tapi tawar je aku rasa.



Elephant shit that still hot


Saltlicks


Before sambung perjalanan, kami jumpa tapak kaki tapir dekat saltlicks ni. Tengah2 jalan, Hymer terjumpa bulu burung merak tapi tak terlihat kelibatnya. Perjalanan diteruskan dengan menjejak pokok tualang. Sebelum berjumpa si tualang, kitorang terjumpa saki baki madu kelulut yang telah diambil oleh penduduk setempat. Madu kelulut ni rasa dia pahit sikit berbanding madu2 lain.



Bulu burung merak cantik macam corak kain batik

Saki baki madu kelulut yang telah diambil oleh pemburu madu

Pokok Tualang


Pokok tualang ni tersangatlah tinggi hingga boleh mencecah ketinggian 70 m. Bila local people jumpa je madu kat pokok tualang, dorang akan start bina tangga sebagai simbol madu ni sudah ada pemilik. Even dorang tinggalkan pokok tu, takde orang yang akan panjat senyap2 curi. If dorang nak juga madu tu, dorang kena minta izin pada orang yang mula2 jumpa madu. Bila dah siap bina tangga pada siang hari, madu tersebut akan diambil pada malam hari. Kebiasaannya, musim madu tualang di Ulu Muda adalah pada bulan April iaitu time flowering season.

Kemudian, kami bersiar2 naik boat tengok burung2 & hop on kat satu kawasan yang boleh lihat kehidupan haiwan. Tapi, time ni tak nampak batang belalai gajah pun. Nampak binatang kaki pendek tengah minum air je. Burung pun banyak burung layang2 which menjadi satu sumber rezeki penduduk kat sini mengutip sarang burung. Ada la terjumpa burung layang2 separuh albino.

Petang kami check out. Yang sedihnya air sungai dah tak jernih.Keruh semacam lepas hujan disebabkan hakisan tanah drpd aktiviti pembalakan etc. :( Sampai kat jeti,kitorang terus gerak ke pekan Sik & check in hotel budget di Sik Inn.

Actually, task seterusnya kena g interview orang2 MADA & penduduk kampung berkenaan Ulu Muda. Orang2 Kedah sangatlah peramah. Sepanjang sesi interview, penduduk sini bercerita tentang kegiatan pembalakan & pemburuan haram yg giat dijalankan di hutan Ulu Muda. Memandangkan hutan Ulu Muda boleh diakses melalui sempadan Yala, Thailand, pemburu dari negara seberang turut dikhuatiri menjalankan aktiviti haram. So, korang yang baca blog ni boleh la tau betapa aktiviti haram ni boleh menjejaskan sumber pendapatan penduduk setempat & habitat semulajadi haiwan seperti gajah yang semakin pupus.

Sebelum berangkat pulang, kami pekena laksa Zakaria Teluk Kechai, menghirup udara segar di sawah padi & melawat Masjid Zahir which is listed as 1 of 10 most beautiful mosque in the world.

Sawah padi Aloq Star


Laksa Zakaria Teluk Kechai


Masjid Zahir, Kedah




That's all ;)













No comments:

Post a Comment