Travelogue ke Pulau Redang ni sebenarnya patut aku tulis 2 tahun lepas. Tapi, baru sekarang tergerak. Bukan tergerak, bahasa betulnya, baru rajin nak buat blog. Dulu ada je blog. Sejak blog tu asyik kena bash ngan a few Indonesian, aku jadi malas nak sambung. So, rate sekarang maybe dah berubah kot. Apa adehal, orang Malaysia kan terror kawww-kawwtim harga.
Lokasi: Pulau Redang, Terengganu
Tarikh: 4-6 April 2013
Total Damaged: RM400 (Details rujuk bawah ye. Jangan malas nak baca)
![]() |
Pulau Redang, Terengganu |
4 April 2013
Pakej Redang Lagoon ni kami kena cas RM300/person. Kami pergi 6 orang gadis2 Melayu terakhir katanya. Sebetulnya, gadis2 tahun akhir kat UMT (Universiti Malaysia Terengganu). Muahahaha. Sepatutnya, RM280/person tapi kami suro pak supir jemput kat UMT. Tu yang dia up lagi RM20/person untuk transport dari UMT-jeti.
7am: Pak supir sampai UMT. Perjalanan dari UMT ke jeti Kuala Terengganu (KT) dalam 20 minit je. Pada sape yg nak naik bus dari lokasi korang, korang bole turun Kuala Terengganu. Jeti nak ke Pulau Redang tu sebelah stesen bus KT je. Bukan la sebelah menyebelah betul. Lurus benau kalo percaya. Kena jalan kaki 10 minit dari stesen bus ke jeti. Nak naik teksi pun bole. Berlambak je teksi kt situ.Kalo korang biasa dengar nama Pasar Payang. Haaa, dia sebelah menyebelah Pasar Payang. Memey sebelah betul, tak tipu.
9am: Feri pun sampai. Noneng2 beratuq naik feri & dalam sejam sampai la kat Pulau Redang. Sampai2 tu, kami terus check in. Pas check in, jalan2 sekitar pantai. Pantai Redang ni best sebab dia panjang. So, kitorang x sempat nak explore sebab petang kang dh kena snorkelling. Kat Redang ni, resort/chalet/accomodation sume longgok kat 1 tempat. Kalo macam Tioman/Perhentian, ada banyak2 drop point. Contoh, Resort A kena drop kat point/pulau/kg A, Resort B kt point/pulau/kg B etc. Kalo kat Redang, Resort A-Z, sume turun kat point yg sama. So, sepanjang pantai ni, memang banyak pilihan resort dari yg top sampai yang tettt.
![]() |
First day sampai terus snorkel |
2pm: Snorkelling kat satu pulau ni.Tak ingat pa nama. Yang penting banyak ikan & coral pun cantik2. Time ni la aku berjinak2 nak suka snorkelling. Teruja. Jakun, word paling sesuai nak describe feeling tu.
![]() |
Ruang atas chalet. Ruang bawah xde amek gambar. |
5pm: Dah abes snorkel kat port tadi, kitorang snorkel depan chalet kitorang pula. The best thing pasal chalet kitorang ni, dia depan pantai. Pastu, ada a few hammock tersadai kat pokok2. So, lepas penat snorkel baring kat hammock jap. Then, sambung snorkel sampai legam.
![]() |
BBQ layan diri |
8pm: Dinner. 1st night kitorang terus ada BBQ. BBQ sini style layan diri. Dia x bako kan pun. Kita pilih la sendiri & pandai2 la bakar sendiri. Yg best nya, bole pilih la seafood yg korang suka & amek banyak mana pun. Lepas dinner, kitorang round la dari hujung ke hujung pulau ni. Not bad. Meriah la gak. Kat tengah2 pulau ni ada je band2 perform. Pastu, kitorang pusing2 cari waterproof camera untuk disewa. Jumpa la RM50/kamera. Bahagi 6 org, sorang baru kena RM8. Bole guna sampai abes bateri & memori sepanjang korang stay kat sini. Dapat la dalam 100 keping gambar dalam air.
5 April 2013
8am: Sarapan. Pastu, sambung snorkel kat dua tempat. 1st, taman marin laut. 2nd, x ingat nama pulau tu. Tapi marine park dia memang terbaik wooo. Banyak gila ikan. Xyah bagi roti pun bole berlanggar ngan ikan2. Nak dijadikan kisah, aku request kat guide kitorang nak tengok nemo. Pastu, dia pun tangkap la nemo sekor untuk kitorang. Kecil je rupanya. Nemo ni suka dok kat Sea Anemone. Lagi satu tips, datang sini jangan lupa bawa roti. Confirm ikan kerumun. Siap digigit2 jari jemari mu.Tapi comel jela gigi dia. X rasa apa pun. Time aku nga sibuk berenang2, tetiba guide tu suro tengok bawah. Rupanya, ada belut eletrik. Aku kan jakun. Stop & Stare. Macam terpaku pula sebab nampak dekat. Tetiba dia datang makin dekat, dekat kat aku sambil tunjuk gigi tajam dia. Rupa2nya dia ingat kaki aku ni ikan. Time tu aku pakai stokin coklat. Lemah gemalai sangat kaki aku ni kot, sampai dia ingat ikan yg berenang. Mujur guide tu tolak aku cepat2.
![]() |
Guide kitorang show off rambut dia |
![]() |
Marine Park (Taman Laut): Ikan pun bole bikin taffic jammed |
![]() |
Quality gambar menggunakan camera sewa Sony |
![]() |
Kemunculan belut elektrik di balik tabir laut |
![]() |
Tengok gigi dia. Camne la aku x acah2 layan stop & stare |
2.30pm: Abes snorkel, balik la ke chalet. Lunch. Tapi kitorang sambung snorkel kt pantai depan chalet. Another best thing is ada la titian panjang kat pantai ni. So, kalo bawa budak2 bole la main terjun2.
4pm: Minum petang.
![]() |
Gigih hiking pun pakai life jacket. Nama pun LIFE weh. Enjoy your life. So, do your jacket ;) |
![]() |
View dari atas bukit. Cantik sungguh. Maka nikmat tuhan-Mu yang mana kamu dustakan. |
5pm: Guide kitorang ada inform spot baby shark kat depan pantai ni. So, petang ni dia pun bawa la kami g. Sebab kitorang terkedek2 berenang, kitorang pun berpaut pada dia punya baju. Tapi, takde rezki nak jumpa baby shark. Bayang pun xdok. After that, kitorang g hiking kat area pantai tu. Ada satu bukit dalam 15 minit naik atas. Lawa pemandangan atas ni nak amek gambar & tengok permandangan pantai dari atas.
8pm: Dinner.
![]() |
Ni la spot Blue Sands. Gali jangan x cari, cari jangan x gali. Ohohoiiiii~ |
9pm: Blue Sand. Kat Pulau Redang ni pasir memang cantik. Tapi jangan tak tau ada pasir warna biru kat sini. Kalo korang datang sini, tanya je orang mana tempat nak tengok pasir biru, dorang akan tunjuk. Dia ada kat hujung pantai. Time ni guide kitorang yang bawa. Pasir biru ni kena ada effort sket baru jumpa. korang kena gali sket2, nampak kelip2 biru, tu la pasir biru. Dia memang kaler biru. Tapi sekejap je pastu warna biru tu dah pudar. Memang cantik. Kaler biru tu macam kaler lampu biru yg ada kat butang on/off laptop korang. Oh, lagi RM92 tu aku guna untuk beli ole2 & minum2.
6 April 2013
8am: Breakfast. Lepas breakfast kami jumpa baby penyu.
![]() |
Selamat pagi. Hello! Cik penyu di sini. Comel! |
"Tak dapat dok istana, bina istana pasir pun terubat luka di hatiku," ujar Miza. |
Gadis2 Gypsy ke cemana ni? |
12pm: Check out. Naik feri.
2pm: Sampai jeti KT. Kan jeti ni sebelah Pasar Payang. Nak shopping ole2 kat sini pun bole. Lagi murah2 & banyak pilihan. Aku & the gang shopping sini je. After dah shopping tu kami pun balik la UMT sambil mengenangkan thesis yang xsiap2 ;)
To conclude:
Pakej Pulau Redang (Redang Lagoon): RM300 (include 2x breakfast, 2x lunch, 1x dinner, 1x bbq dinner, 2x morning tea, 2x evening coffee, 3x snorkelling trip, accomodation for 3d2n, return ferry ticket).
Accomodation: 2 queen bed with air-cond. Near beach. Clean environment. Food is ok. Guide is friendly.
Antara Pulau Tioman, Perhentian & Redang, aku prefer Redang sebab ikan lagi banyak, coral lagi cantik, pantai best, cantik, marine park pun best.
Sewa waterproof camera: RM50/camera, boleh guna sepanjang korang bermastautin kat sini asal bateri x abes, memory x full. Jenama Sony. (Tips: Lepas amek gambar terus off. Jangan nak usha2 gambar. Camera ni cepat abes bateri. Lagi banyak bateri korang save, lagi banyak gambar bole amek)
Other attractions: Hiking, pasir biru (blue sands) & baby shark spot if you are lucky enough to meet him/her.
Sekian. Wasalam...
No comments:
Post a Comment