Monday, January 25, 2016

Choo Choo Ride : Bitter & Sweet of Thailand - Kanchanaburi & Lopburi (Part 2)




Assalamualaikum w.b.t. & good day ;)



Merujuk pada sambungan last entry, tempat menarik yg aku pergi di Bangkok ada 3 sahaja which are Erawan Waterfall,Death Railway Station & Sunflower farm. Al-maklumlah perjalanan naik train memang makan masa sikit.


ERAWAN WATERFALL, KANCHANABURI


Sepanjang perjalanan nak ke Erawan Waterfall, suasana memang ala-ala Cameron Highlands. Boleh nampak kebun strawberi kat tepi2 jalan. Sejuk je rasa. Area sini banyak coffee shop cecomel & rumah penginapan warna-warni. Before sampai di entrance waterfall, akan lalu pada empangan kecil. View dari tuktuk nampak lawa tapi bila turun nampak biasa je.



Kebun strawberi

The Dam



Waterfall ni ada tujuh tingkat yg berketinggian hanya 2200m:



  •  Tingkat 1: 500m


Tingkat 1 (Lai Kuen Rung)



  • Tingkat 2: 600m, tingkat ni ramai pengunjung mandi sebab kawasan yang luas dan antara tingkat air terjun yang cantik, kawasan landai,tak banyak batu2 besar


Tingkat 2 (Wang Macha)





  • Tingkat 3: 700m, kawasan landai & lapang, 



Tingkat 3 (Pha Nam Tok)


  • Tingkat 4: 1050m, batu besar tu boleh dijadikan gelongsor, normally orang mandi kat sini sebab nak main gelongsor batu tu


Tingkat 4 (Oke Nang PeeSae)


  • Tingkat 5: 1550m, kawasan sini berbatu2


Tingkat 5 (Buea Mai Long)


  • Tingkat 6: 1750m


Tingkat 6 (Dong Prucksa)

Tingkat 7: 2000m, kawasan sini agak kecil,kena pergi pagi2 untuk mandi dengan puas di tingkat paling atas & air paling turqoise


Tingkat 7 (Phu Pha Erawan)


Tingkat teratas di Erawan Waterfall

Bagi pendapat aku, tingkat yang paling cantik adalah 2,3 & 7. Sebabnya, kawasan yang luas untuk mandi & view yang cantik. Ko celup je kaki, kerumun ikan datang menggigit kakimu. Macam piranha pun ada sebab banyak sangat ikan. Dan besar. Sampah di kawasan ni pun susah nak jumpa. Sangatlah bersih. So, guys! Bila datang sini jangan buang sampah merata, ok.



DEATH RAILWAY STATION




Permulaan landasan ketapi untuk ke bahagian outdoor activities


Lepas puas ber'spa' ikan di Erawan, kami terus shoot ke Burma Railway Station atau lebih famous orang panggil Death Railway Station. Kenapa nama dia Death Railway Station? Haaa!!! Ni ada kena mengena dengan sejarah pembinaan landasan keretapi ni. Zaman penjajahan Jepun dulu, tentera Jepun bawa masuk buruh paksa untuk menyiapkan landasan keretapi ni & jumlah mangsa terkorban dianggarkan sebanyak 90,000 orang. Kalau korang rajin tengok channel History, ada la dorang cite siapa2 orang Melayu yang di bawa tentera Jepun ke sini, memang takkan pulang. Ada pun sorang dua yang terselamat.

Anyway, dekat sini banyak juga outdoor activities: ATV, tarzan swing, zip-line & water activities. Korang kena berjalan melalui landasan ketapi ni dalam 200m untuk sampai ke kawasan outdoor activities. Zip-line dia memang power. Aktiviti wajib cuba. Water activities ni yang aku tengok meriah haritu ialah water rafting. Memang meriah sebab panjang gila dorang rafting. Lebih 5 rakit panjang dorang keliling sungai kawasan ni.


Tempat duduk warna warni, coach belakang skali special untuk monk & elder


Sementara korang tunggu nak naik 'death train' ni, boleh la buat aktiviti lain dulu. Tapi jangan sampai terlepas train pula. Train ni adalah train lama. So, tempat duduk pun macam train dalam cerita hindustan. Apa yang best naik train ni? Korang boleh nampak pemandangan suasana kampung & pelbagai hasil cucuk tanam sepanjang perjalanan. Boleh la feeling kuch kuch hota hai dalam ni. Kitorang turun kat stesen River Kwai yang famous dengan restoran terapung sebab hostel kitorang 10 minit je dari situ. Sampai je, terus naik tuktuk balik hostel.


SUNFLOWER FARM, LOPBURI



Tujuan asal datang ke Thailand ni sebab nak tengok sunflower je. Yang lain tu just lawatan menempel. Sunflower farm ni dibuka pada bulan November-Januari. Itu yang excited terlajak. Ladang bunga matahari ni teramatlah luas. Kena naik traktor kalau nak tengok bunga matahari hingga ke hujung. Lepas tu, ada karnival ala-ala pasar tani depan sunflower farm. Kebanyakannya jual kuaci. Dari kuaci berkulit, dah buang kulit, kuaci salut madu, salut garam & yang fresh tengah goreng pun ada. Benda pelik yg aku jumpa kat sini, dia punya buah markisar pelik sikit. Maybe lain spesies sebab dia punya kulit tajam2 & buahnya lagi besar.

Malas nak cakap banyak, korang layan je la gambar ni untuk tahu kecantikan sunflower farm ni.



Entrance


Ladang ni luas lagi dari dalam gambar

Acah2 malu



Full bloom


Orang pun sama tinggi dengan sunflower



Lupa bawa topi, payung guna tangan je la


Masuk sini free je. Just kena bawa topi, sebab panas ya amat. Memang boleh sunburn. So, lepas dah kepanasan round, bolehlah beli air yg dijual kt gerai2. Murah je. Aku just beli kuaci salut madu untuk dijadikan souvenir bawa balik rumah. 3 bungkus 100 baht je pun.

Sampai sini je la entry kali ni. Till next time ;)


Will you be the sun to my flower? Ecececeh sempat lagi






No comments:

Post a Comment