Date: 7 - 9 August 2015
Location: Kg Salang, Pulau Tioman
Total Damaged: RM483 (Pakej RM380 all in, RM10 for wifi (optional), RM5 for marine parks ticket & RM5 for ice-cream which I craved so much since the weather is hot, RM83 return bus ticket from TBS(Kuala Lumpur-Mersing)
Now we're back to the story. One fine day, my friend told me that she stressed out with her master thesis & asked me to go for a short escape. I knew that I'll be the master planner of all this journey. Huarghhh, journey la sangat. Well, I'm known as The Mastermind in Fun Activities ;)
So, I started to find packages on end of May. Mula2 nak redah je tapi time date nak g ni cuti National Day's Singapore. Mesti full chalet if main redah. So, aku pun google la pakej yang best. Senang cite the most affordable yet comfortable. Jumpa la pakej kat blog www.wanpulautioman.com Owner blog ni memang handle pakej g Pulau Tioman. Tapi, tempat dia keje kat Island Reef Resort area Kampung Genting. Pakej dia offer RM310/pax for 3D2N. Aku pergi bertiga. Lagi ramai team power rangers korang, lagi murah la pakej ni. Pakej ni all in include tiket pergi balik (RM70) from Mersing Jetty, makan (1x dinner, 1x breakfast, 2x lunch, 1x bbq dinner), 3x snorkeling trips include equipments.
Korang perasan kan aku tulis pakej kat atas skali RM380. Tu sebab aku request kat si Wan ni nak pakej yg stay kat Kampung Salang. Tu yang harga up sikit. Aku pun x tahu kenapa harga kat Salang mahal. Maybe sebab dia kampung yang hujung skali dalam peta Tioman. Aku pilih Salang sebab aku google ramai cakap situ paling cantik. Plus, situ perkampungan diver. Kalo dah perkampungan diver, mestilah dasar dia cantik. So, nak tau betul ke x teori ni jom baca sampai habis.
![]() |
Peta Pulau Tioman (I stay in Salang which is the farthest village in Tioman from Mersing jetty) |
Peta atas ni ada list kan senarai kampung yg ada dalam Pulau Tioman. Kalo dari jeti Mersing, feri akan stop dulu kat Nipah -> Salang based on passenger punya accommodation. Based on pembacaan & maklumat yg aku dapat dari google, org2 yg pernah g Tioman & org2 yg aku jumpa kat Tioman, Genting & Tekek yg biasanya ramai org pergi sebab kat situ kampung dia kira macam pekan la. Semua ada. Tekek ni siap ada airport lagi.
Nak dijadikan cerita, si Wan ni kasitau feri kitorang depart at 4.30am. Aku pula pelik ada ke feri gerak pagi2 buta ni. Suspicious la gak, mana tau dia ni scammer ke apa. Alhamdulillah, dia ni boleh percaya. Memang betul pun feri awal pagi gerak. Sebabnya perjalanan feri ni memang dah dijadualkan begitu menurut pasang surut air. Time kat Tioman aku tanya la apsal feri awal sangat. Sebabnya time yang aku pergi ni air surut awal. Feri kena gerak awal untuk mengelakkan air surut. Bila air surut, feri tak bole sampai ke entrance jeti untuk amek penumpang.
6th August 2015
9.45pm : Disebabkan feri awal, kitorang pun kena la gerak awal. Kami bertiga naik bus S&S dari TBS ke Mersing. Perjalanan mengambil masa 4 jam setengah. Kami sampai di stesen bas Mersing jam 2.30 pagi.
![]() |
Bus ticket from TBS to Mersing |
7th August 2015
2.30am : Sampai saja di stesen bas, kami 3 perempuan Melayu terakhir meredah jalan bandar Mersing menuju jeti Mersing. Ada la dalam 10 minit jalan kaki. Rasa macam cowboy town je sebab senyap sunyi takde orang. Toleh belakang ingat nampak hantu, rupa2nya ramai lagi nak g jeti Mersing. Kalau yang tak tahu direction nak g jeti dari stesen bas tu, korang bole je tanya orang yang jaga kaunter kat situ. Dorang akan tunjuk. Ingat, malu bertanya sesat jalan.
2.40am : Sampai je jeti aku terus cari kaunter No. 3. Kakak yang jaga ni terus bagi tiket feri pergi balik & daftar nama. Sebelum naik feri, kena beli tiket Taman Laut dulu. RM5 je. Then, bole terus masuk feri.
Ferry ticket from Mersing Jetty to Tioman Island |
Marine Park Ticket |
3.30am : Baru dapat duduk dengan seesa dalam feri. Panjang gila beratur.
4.30am : Feri baru bergerak menuju destinasi. Hooooray ;) Feri yang aku naik ni, mula2 dia stop kat Tekek & last sekali Salang.
6.00 am: Sampai dah jeti Salang. Sampai2 je dah ada orang tanya kitorang stay kat chalet mana? Kitorang pun cakap la Salang Indah & dia terus tunjukkan tempat sambil bawa beg2 kitorang.
8.00am: Breakfast. 1st day, pakej ni tak sediakan breakfast untuk kami. So sad. Beli je la nasi lemak + teh ais sambil makan menghadap pantai.
9.00am : Round area Kg Salang. Kat Kg Salang ni ada banyak gak chalet. Antaranya:
Salang Indah : Chalet ni best sebab owner & pekerja dia sangat peramah. Nanti aku cerita sebab apa aku suka owner dia. Servis makanan dia bagus. Chalet ni ada yang depan pantai. Yang atas pantai pun ada. Tapi kitorang punya chalet tak dapat depan pantai. Pantai depan chalet ni tak boleh mandi sebab banyak batu-batu. Kalau bajet korang sederhana. Boleh la stay sini sebab dia punya chalet rumah kayu. Just toilet aku tak berkenan. Toilet dia bersih cuma nampak tak terurus. Dia patut tukar baru toilet ni.
Elle Place : Chalet paling hujung dekat ngan rumah2 orang kampung. Yang ni chalet paling jimat sesuai untuk backpacker under budget.
Area pantai berdekatan dengan Elle Place. Ni time air surut |
Puteri Salang : Chalet ni sangat sesuai untuk family & company untuk buat event. Even bukan depan pantai & kena masuk dalam sikit, dia punya kawasan sangat bersih. Kat tengah2 tu ada rumput luas yang sesuai untuk buat team building aktiviti or anak2 kecil berlari bebas. Suasana kampung sangat. Kawasan dia banyak pokok & sangat redup.
Salang Pusaka : Chalet ni pun depan pantai. Kawasan belakang chalet ni adalah Puteri Salang.
Salang Sayang : Chalet ni pun best sebab dia betul2 depan pantai & pantai ni boleh mandi. Kalau korang jenis yang keluar bilik terus nak main pasir & mandi, boleh la stay sini. Kawasan dia sangat bersih. Pak cik yang jaga kedai kat sini, rajin betul meyapu. Pantang nampak pasir kat kaki lima dia. Depan chalet ni pun ada few khemah, tempat duduk2 & kerusi baring. Ada kedai runcit. So, bole la beli aiskrim kalau rasa panas sangat.
View depan area Salang Sayang |
Nora Chalet
Pak Long Chalet : Area ni dekat ngan Puteri Salang. Kecil je kawasan dia. Dekat ngan parit & x nampak pantai. Yang suka tempat secluded, boleh la g sini. Tapi, parit tu berbau.
Salang Damai : Chalet ni sebelah Salang Sayang. Terletak kat atas bukit. Boleh la nampak scenery pantai dari bilik korang. Tengok dari bawah cantik. Tapi, penat gila nak naik chalet ni. Dah sampai atas, macam tak berpenghuni je. Maybe, sebab takde orang selalu bersihkan kawasan ni. Dia bersihkan kawasan bawah je kot sebab penat nak naik atas.
Area depan Salang Damai. Kena turun anak tangga sebab Salang Damai atas bukit |
If nak tau details pasal tempat ni & contact, bole visit blog ni infoaday.blogspot.my
12.30pm : Lunch
2.00pm : Snorkeling kat pantai Salang ni je. Time ni air keruh, so tak nampak banyak sangat ikan. Esoknya, baru tau kewujudan berjuta2 ikan kat sini. Tu pun perasan dari atas jeti. Sepatutnya ada aktiviti island hopping. Kena tambah RM30/person. Tapi kitorang dah terlepas boat. Dorang akan bawa keliling Tioman. Sebenarnya, boleh je kami bertiga nak pergi naik boat lain. Just mahal sebab 3 orang je. Kena charge RM70/person. Tu yang frust terus g snorkel kat depan pantai ni je.
8.00pm : BBQ
8th August 2015
8.00am : Breakfast
9.00am : Berkumpul untuk g snorkeling. Time nga duduk menunggu ni, aku & the gang lepak berdekatan owner. Owner Salang Indah ni seorang nenek yang murah dengan senyuman & peramah. Tapi, anak2 & family dia yang uruskan chalet ni. Sebelah nenek ni, ada la seorang visitor. Panjang la diorang borak. Kawan aku yang duduk sebelah nenek ni terdengar la perbualan antara dorang mcm kat bawah ni,
Visitor : Ini kampung nenek yang punya? Wah, kalau macam ni, nenek ni orang kaya la. Kenapa nenek taknak jual kawasan ni or nenek sewakan jela dengan saya. Saya boleh bangunkan tempat ni.
Nenek : Tempat ni Allah yang punya, bukan saya punya.
p/s: low profile kan nenek ni ;)
9.30am : Snorkeling activity - Coral Island & the other two, I didn't remember the names. Just ingat, satu tu air dia warna hijau nak ke biru & lagi satu tempat shark point. Tapi takde rezeki nampak shark.
Snorkelling kat Coral Island |
4.00pm : Balik semula ke Kg Salang & sambung snorkel kt pantai sini.
8.00pm : Dinner
9th August 2015
5.00pm : Pintu bilik kami diketuk oleh pekerja chalet. Isyarat suruh bangun sebab feri kitorang depart jam 6 pagi. Awal gila. Memang masuk2 feri je terus tido.
8.00am : Sampai jeti je terus gerak ke stesen bas. OTW tu kitorang singgah makan kat mamak. Lapar oiii.
9.00am : Sampai je stesen bas terus cari tiket. Tapi tiket balik KL ada jam 12 t/hari. Terpaksa la kami tunggu.
12.00pm : Depart to KL. Sampai dalam jam 5 petang. Balik rumah je memang terus rebah ke tilam yang empuk la jawabnya.
In conclusion, short escape ni berjaya melepaskan stress kerja yang bergelumang dalam otak & dah bole tick dalam travel list yang aku dah jejak Pulau Tioman. Next time, sampai sini nak try Kg Juara or Kg Paya pula. Sebabnya, Kg Juara tu secluded dari kg lain & Kg Paya ni tempat baru & ada resort baru yang best. So, korang yang dah pergi Tioman tu stay kat mana & share la dengan saya ok ;)
No comments:
Post a Comment