Tuesday, December 29, 2015

Choo Choo Ride : Bitter & Sweet of Thailand - Kanchanaburi & Lopburi (Part 1)






Assalamualaikum w.b.t. & good day ;)




Date : 23 - 27 December 2015
Location : Kanchanaburi & Lopburi
Total damaged : RM567.83

1.   Makan di KL : RM20.95, Makan di Thailand: THB 371.50 @ RM45.30
2.   Transport di KL : RM130.60 (kos termasuk return rumah-ktm ke KL sentral, bus & train)
      Transport di Thailand : THB 2479 @ RM302.32
3.   Others : THB 563 @ RM68.66 (Simcard, souvenir, etc)
(p/s: Exchange rate THB100 = RM12.20)



This time I would love to share with you guys, another attractions in Bangkok. Serious talk, trip kali ni memang aci redah & wasted most of my time in train. But, hey! Sometimes we need that long ride to know what we really like kan ;)



TICKET

Trip ni aku pergi dgn cousin yg ajak aku officially sebulan lepas. Kami just booked tiket awal dari KL Sentral - Padang Besar je. Ada certain time yang korang boleh booked tiket terus dari KL Sentral - Hatyai. But, time kami nak booked terus ke Hatyai, officer KTM (Keretapi Tanah Melayu) kata tiket train dari P. Besar - Hatyai & Hatyai - P. Besar hanya boleh dibeli pada hari kejadian (tak boleh beli awal, kena beli on the spot pada hari yg korang nak travel). So, aku beli tiket ke Hatyai pada hari Selasa malam sebab aku bertolak jam 12.30 malam tu.



TRANSPORTATION

Ni aku share land public transportation je. Ada several option:

1.   TRAIN

      For this trip, almost 3 days aku bertapak dalam ketapi. Just imagine. Train dari KL Sentral - P. Besar (10 jam), P. Besar - Hatyai (1 jam) & Hatyai - Bangkok (18 jam). Tu pun kalau train korang smooth & tak delay. Jangan ingat flight je boleh delay. If nak jimat masa lagi, korang boleh naik ETS dari KL Sentral - P. Besar. Train biasa take time 10 jam tapi ETS 5 jam je. Train Malaysia ada surau ye kawan2. Kena booked at least sebulan awal ye sebab seat laris macam pisang goreng. Ni pun aku dapat seat duduk yang ada meja. Pada sape yg nak dok sebelah tingkap,boleh la book seat A or D. Seat katil semua habis. Dapat seat berkatil time pegi Hatyai - Bangkok je. Tu pun katil atas. Seram gak dok atas. Asal terjaga, posisi badan aku dah kat tepi katil :(


Economy seat from KL Sentral - Padang Besar

Sleeper seat (upper) w air-cond from Hatyai - Bangkok

Bila siang, katil tadi boleh bertukar jadi kerusi


      To traveler yg nak terus pergi Lopburi untuk visit sunflower farm, boleh terus naik train dari Bangkok-Lopburi which takes time 2 1/2 hours. Fee just 50 baht. Macam kami, 2nd day baru pergi ke Lopburi sebab dah lewat sangat nak ke sana. So,lepas visit sunflower farm di Lopburi, kami terus naik train dari Lopburi - Bangkok - Hatyai - P. Besar.

2.   TEKSI/TUKTUK/MINI VAN

      Bila dah sampai di Bangkok Central Station (Hua Lam Pong), kami ambil taxi untuk ke Kanchanburi. Actually, time aku & cousin kat Hatyai, terjumpa another 3 backpackers dari Malaysia yg pergi tempat sama dgn kitorang. So, kitorang pun bergabung. Tu yg choose naik taxi je even mahal sikit but can save time. Naik taxi 2 1/2 jam je & kena cas 1350 baht/5 person. Lagipun,taxi ni terus hantar kami ke tempat penginapan.

      Bagi yang nak cut bajet lagi, bila sampai Bangkok, korang boleh naik taxi/tuktuk ke Southern Bus Terminal (Sai Tai Mai). Kena cas 80baht/person. Bila sampai terminal, naik bus no. 81 untuk ke Kanchanaburi.

     Disebabkan tempat stay kami ada perkhidmatan tuktuk/van, kami gerak dari Kanchanaburi - Erawan Waterfall - Death Railway Station - Kanchanburi dgn tuktuk dr guesthouse. Jimat dah tak payah amek pakej. Just bayar tuktuk & entrance fee.

      Dari Kanchanaburi - Lopburi, kami naik tuktuk di guesthouse untuk ke Kanchanaburi bus station. Dari sini,kami just naik mini van to Mocit Station - Lopburi bus station. Actually, nak naik train pun bole. Just kena berpatah balik ke Bangkok. Jauh la. Better terus g Mocit. Dah sampai Lopburi, kami naik bus ke sunflower farm dalam 1/2 jam & kena jalan 10 minit untuk sampai farm. My advice, korang amek taxi je sebab taxi boleh hantar terus masuk ke farm & tunggu korang untuk balik semula ke stesen. Macam kitorang, kena tunggu tuktuk kat tepi jalan untuk balik ke Lopburi Train Station.  

3.   BUS

      Bas pun boleh diakses dari KL - Hatyai. Naik bas take time dalam 11 jam. Aku tak sure harga tiket dari KL - Hatyai. Tapi, tiket Hatyai - KL bole beli kat area stesen ketapi Hatyai. RM50 je. So, balik tu rasa nak naik bus, boleh la try. Kalau macam aku yang gamble, last day nak balik KL tu tiket dari Hatyai - KL habis dah, baik train mahupun bus. So, kitorang beli tiket train dari Hatyai - P. Besar. Dari P. Besar naik ETS ke Sungai Petani dan naik bus dari Sg. Petani - KL. Nasihat aku,beli la tiket awal & rancanglah perjalanan anda supaya bajet pun tak lari, masa korang pun well spent ;)



ACCOMODATION

     Kami stay di VN Guesthouse yg terletak di River Kwai, Kanchanaburi. Ni pun tibai walk-in. Mujur ada kosong. Guesthouse ni terletak kat tepi sungai River Kwai. Korang ada option untuk pilih bilik jenis sea-view or raft-room (atas sungai) or biasa. Rate bilik ni sangatlah murah. Setiap bilik ada 2 single bed, fan & attached bathroom. Harga 275 baht untuk bilik yang hanya ada cold water & 300 baht untuk bilik yang ada hot & cold water.


VN Guesthouse (Sumber: Arfa)


     Tempat ni sangatlah awesome sebab nak pergi mana2 pun dorang boleh sediakan tuktuk. Dah la pekerja peramah. Lagi best sebab ada menu veggies kat sini. Dorang tahu Muslim need Halal food. So,tak payah susah2 nak keluar cari makanan. Tempat makan kat sini pun dah menghadap sungai River Kwai. Memang romantik. Malam2, mesti ada boat restaurant yg berlampu2 lalu kat river ni. Wifi free ;)

     Disebabkan kami stay time Christmas, guesthouse ni ada sediakan party. Kami dijemput sekali. So, yeah makanan is free flow. Pekerja kat sini sediakan menu veggies untuk kitorang like spagetti, onion ring, vegetables popia, vegetables fried rice and fruits.

     Another choice, pergi Night Market. Dari tempat kami stay, just 10 minit jalan kaki. Restoran pun banyak tepi2 jalan. Just kena tanya halal ke tak or tengok signboard halal.

     Nak booked tempat ni awal, just emel vnguesthouse@hotmail.com



FOOD



Bihun daging rasa macam ayuthaya beef kat Boat Noodle

     Makanan di Hatyai senang cari yg halal sebab dekat dgn Malaysia lagi. Plus, korang boleh cari makanan di floating market. Bila tiba di Bangkok, korang boleh jumpa kedai makanan halal (Narathiwat Muslim) berhampiran stesen ketapi. Just cari 7 Eleven & Station Hotel. Kedai makan ni terletak belakang 7 Eleven & sederet Station Hotel. Signboard dia ada symbol bulan & bintang. Ada jual nasi campur & mi sup. Harga pun murah. Pekerja sini pun kecek klate jah. Di Kanchanaburi pun ada kedai halal. Nak lagi murah,pergi je Night Market di sana.


SIM CARD

     Sampai je di Hatyai, kami terus tanya local people mana nak beli sim card Thailand. Dekat dengan stesen ni, ada Robinson shopping mall. Beli sim card kat sini je. Dia siap pasang & register. Harga 45 baht untuk sim card & 45 baht untuk data sebanyak 800mb/4 hari. Ada juga pakej sehari / seminggu / sebulan.



ITINERARY & BUDGET DETAILS


DAY 1 : 23 DEC 2015 (KUALA LUMPUR-HATYAI)

12.30am : Hop on train from KL Sentral – Padang Besar (seat duduk yang ada meja) RM24
10.20am : Arrived at Padang Besar
11.20am : Depart by train from P.Besar – Hatyai RM11
12.50pm : Arrived at Hatyai. Purchased simcard THB95
5.20pm   : Depart by train from Hatyai-Bangkok (seat berkatil aircond) THB775
                         o Train delay. Supposedly train arrived at 2.45pm.

DAY 2 : 24 DEC 2015 (BANGKOK – KANCHANABURI)

12.30pm : Arrived at Bangkok Central Station
2.00pm   : Lunch nearby station (Muslim food behind 7eleven closed to Station Hotel) THB35
2.40pm   : Bangkok – Kanchanburi by taxi THB1350/5person
                         o Another option: Can also be assessed by bus. From Bangkok takes taxi/tuktuk to                            Sai Tai Mai (Southern Bus Terminal) & hop on bus no. 81 to arrive at Kanchanaburi.
5.00pm   : Check in VN Guesthouse, River Kwai (fan, 2 single beds with attached bathroom &                            hot water, river view) THB300/2person
6.30pm   : Dinner (veggies menu) Padthai veggies & egg, hot coffee THB70
9.00pm   : Night market (walking distance 10minutes from VN Guesthouse)

DAY 3 : 25 DEC 2015 (KANCHANABURI)

7.30am   : Depart to Erawan Waterfall by tuktuk THB1500/5person
8.30am   : Arrived at Erawan. Entrance fee THB300
12.15pm : Depart to Death Railway Station
2.15pm   : Arrived at Death Railway Station
4.00pm   : Depart by train to River Kwai THB100
6.00pm   : Same tuktuk took us to our guesthouse
6.15pm   : Arrived
7.30pm   : Christmas party (food is free – veggies menu available)

DAY 4 : 26 DEC 2015 (KANCHANABURI – LOPBURI – BANGKOK)

3.30am   : Depart by tuktuk to Kanchanaburi bus station THB30
3.40am   : Kanchanaburi - Mocit bus station by van THB120
5.50am   : Mocit-Lopburi bus station by van THB100
8.10am   : Arrived at Lopburi bus station
8.40am   : Depart to sunflower farm by bus THB15
9.10am   : Arrived at sunflower farm. Walking about 10 minutes to reach farm. Luckily,we just                            hitchhiked ;)
11.15am : Hop on tuktuk to Lopburi Train Station THB20
12.00pm : Arrived
12.20pm : Depart by train from Lopburi – Bangkok Central Station THB50
3.15pm   : Arrived at Bangkok & directly rode train from Bangkok-Hatyai (seat coz tiket katil                              habis) THB339

DAY 5 : 27 DEC 2015 (HATYAI – P.BESAR – SG PETANI – KUALA LUMPUR)

10.45am : Arrived in Hatyai 
1.00pm   : Depart by train from Hatyai – P.Besar (Gara2 tiket train & bus dr Hatyai-KL habis)                              THB80
2.00pm (waktu Thailand), 3.00pm (waktu Malaysia)  : Arrived at P.Besar 
4.15pm   : Depart from P.Besar – Sg. Petani by ETS (Gara2 tiket habis) RM23
5.15pm   : Arrived at Sg. Petani train station (depan tu bus station Sg. Petani)
1.00am   : Depart from Sg. Petani bus station to K.Lumpur (TBS) RM45
6.00am   : Arrived at TBS

(Total Exchange rate THB100 = RM12.20)




Sekian. Entry seterusnya, I'll share about the places ;)









Monday, December 28, 2015

Hidden Forest in Malaysia : Ulu Muda Earth Lodge




Bird-hunting


Assalamualaikum w.b.t. & good day ;)



You can skip the intro if you directly wanted to know about the trip. Just scroll down.



Being a kampung girl makes me a tough young girl. Although I know myself as an adventurer, it seems that the word blown faster to mostly my dear friends.

I have known Fazrina since form 1. Since she works with World Wildlife Fund (WWF), she offered me a chance to become a volunteer with WWF. She knows I would love this stuff. In return, I got the allowance and free ride to Ulu Muda Earth Lodge.

Ulu Muda Earth Lodge is situated in Kedah. You can reach there by car and take a speed 'sampan' from Ulu Muda Jetty to the earth lodge. For more info about the earth lodge, you can visit the link below.

http://earthlodgemalaysia.com/


JULY 27, 2015



Hey-ho!

Kami pergi bertiga dari KL. Bertolak 8 pagi and sampai Sik, Kedah dalam 5 jam. Dari Sik nak ke jeti Ulu Muda take time sejam. Fazrina kawan aku ni dah deal dgn pakcik yang kerja kat earth lodge untuk tunggu kitorang kat jeti pukul 3 ptg. Kitorang sampai awal. Dari dok termenung, kitorang pun round la area jeti. Kat jeti ni ada la warong dibuka untuk minum & makan. Ada juga tempat pengumpulan hasil laut. Ikan confirm la segar2 sebab dorang menjala & memancing dan terus hantar sini. Nak ikan hidup pun ada. Menurut penduduk sini, Sungai Ulu Muda ni famous dengan ikan 'silver arowana'. Tapi, sejak aktiviti pembalakan dan menjala/memancing yg tersangat aktif, ikan ni dah jarang dijumpai. Memang 'rare' sangat nak jumpa. Almost impossible katanya.



Jeti Ulu Muda


Tepat jam 3 ptg, kami pun bertolak menaiki sampan laju menuju ke earth lodge. Sejam juga la perjalanan. Sepanjang perjalanan tu, kitorang dapat la tengok pakcik2 ni menjala ikan. Air kat sini jernih & udara pun nyaman je. Sampailah tetiba je hujan lebat. Memang takde dah feeling angin sepoi2 bahasa. Masing2 memeluk tubuh kesejukan sebab tak prepare nak hujan kecuali kawan kitorang, Max. Pakcik yang bawa sampan ni of course lah relax je.


Penduduk setempat menjala ikan di tasik Ulu Muda


Perjalanan memakan masa sejam menaiki bot laju


Sampai je kat earth lodge kitorang disambut riang & mesra oleh Hymer, owner earth lodge. Hymer kata kitorang terlambat sikit je sebab tadi baru je ada gajah dok asyik makan daun dekat dgn gigi air tempat kitorang turun dari sampan. Then, kitorang terus check in masuk bilik. Disebabkan kitorang memang suka masuk hutan, so kemudahan dalam bilik ni dah cukup untuk kitorang. Setiap bilik disediakan dengan katil lipat (yg macam askar tu), sleeping bag & tikar gulung. Bilik kitorang ada 2 katil & attached bathroom.

Sebenarnya tujuan kitorang datang sini sebab nak tolong Max dengan kajian master dia. Menurut Max, dia buat kajian untuk menilai hutan Ulu Muda ni. Max ni study kt Imperial College London tapi dia lebih tau wujudnya Ulu Muda drpd aku yg tak tahu pun Ulu Muda ni wujud. So, lepas kitorang check in, aku, Fazrina & Max pergi la ke pondok istirehat (macam town hall game COC). Kitorang disajikan teh panas & kek pisang. Dalam hutan pun dapat merasa kek pisang tau. Memang nikmat gila.

Hari ni takde apa2 aktiviti sebab hujan. So, kitorang berlambak di town hall je. Kat town hall ada beberapa buku berkaitan burung, haiwan & tumbuh2an. Kitorang pun menelaah buku2 ni. Well, Fazrina & Max confirm la suka benda2 ni sebab memang kerja dorang. Aku try jela baca buku pasal burung & haiwan yg biasa ada kat hutan Malaysia ni.

Malam pun takde aktiviti just makan je.  Kitorang makan semeja yang terdiri daripada aku, Fazrina, Hymer (Malaysia), Max (London), Elena & Alex (Switzerland). Elena & Alex ni kerja as bird conservationist. Dorang dh stay beberapa hari yg lepas before kitorang sampai. Alex ni sampai bole tiru bunyi burung macam2. Dia kalau Nampak monyet pun jakun. Cepat2 amek kamera nak tangkap gambar. Aku patut bawa dia datang rumah sebab depan rumah aku berlambak monyet. Maybe, dia akan terus nak berhijrah ke rumah aku sebab senang sangat jumpa monyet.

Time makan aku dan rakyat marhaen Malaysia yang lain memang pakai tangan je. Omputih confirm guna sudu & garfu. Dorang sangat kagum dengan budaya kita makan pakai tangan. Alex & Max kata dorang pernah try makan pakai tangan tapi sikit je dapat cekup makanan tu kat tangan. Seksa katanya sebab bila sampai mulut, sejemput je yang dijamah. Tambah Alex lagi, dia makan sampai baju dia berkecah (kotor) sebab nak usahakan makanan sampai ke mulut. In the end, dia guna je sudu & garfu kalau makan nasi. Ni ibaratnya kalau aku nak makan mee guna chopstick. Mula2 dapat banyak mee tu. Skali sampai kat mulut, seurat mee je. Sambil makan, memang banyak bunyi2an kat hutan ni. Setiap kali bunyi, Hymer akan inform tu bunyi apa. Burung jenis apa. Haiwan apa. Sekali-sekala, Alex akan tiru bunyi burung yang dia kenal.



Alex si peminat burung


After makan, Hymer tunjuk pada kami binatang yang dia berjaya tangkap guna camera trap. Aku pun x ingat sangat nama haiwan2 ni. Yang aku ingat ada burung merak, tapir, babi hutan, tiger cat & sun bear. Dorang pun tak kedekut ilmu untuk share knowledge pasal flora & fauna ni. Next, kitorang pun balik bilik tido. Kat sini bila malam, elektrik memang akan dimatikan sebab power guna generator je.

Next morning, aktiviti kitorang selepas sarapan ialah jungle trekking. Tak boleh buat tubing sebab arus sungai deras dan hujan. Before trekking, Hymer kasi pinjam stoking pacat as precaution. First, trekking kami lalu di Sira Ayaq Hangat (Sira Air Hangat). Sira atau English name 'saltlicks' ni kawasan favourite binatang2 kat sini terutama haiwan paling berbahaya sekali di dunia. Cuba teka? GAJAH! Sira ni kaya dengan mineral. Sebab tu haiwan2 ni suka. Kami ingatkan dapatlah jumpa gajah tapi takde rezeki. Jumpa tahi gajah yang masih hangat je ada la. If I'm not mistaken, ada beberapa lagi kawasan sira seperti Sira Gajah tapi disebabkan kekangan masa, kami tak pergi pun. Kat saltlicks ni ada benda kaler putih macam seaweed je aku tengok. Hymer bagi kitorang rasa. Dorang kata rasanya masin2 tapi tawar je aku rasa.



Elephant shit that still hot


Saltlicks


Before sambung perjalanan, kami jumpa tapak kaki tapir dekat saltlicks ni. Tengah2 jalan, Hymer terjumpa bulu burung merak tapi tak terlihat kelibatnya. Perjalanan diteruskan dengan menjejak pokok tualang. Sebelum berjumpa si tualang, kitorang terjumpa saki baki madu kelulut yang telah diambil oleh penduduk setempat. Madu kelulut ni rasa dia pahit sikit berbanding madu2 lain.



Bulu burung merak cantik macam corak kain batik

Saki baki madu kelulut yang telah diambil oleh pemburu madu

Pokok Tualang


Pokok tualang ni tersangatlah tinggi hingga boleh mencecah ketinggian 70 m. Bila local people jumpa je madu kat pokok tualang, dorang akan start bina tangga sebagai simbol madu ni sudah ada pemilik. Even dorang tinggalkan pokok tu, takde orang yang akan panjat senyap2 curi. If dorang nak juga madu tu, dorang kena minta izin pada orang yang mula2 jumpa madu. Bila dah siap bina tangga pada siang hari, madu tersebut akan diambil pada malam hari. Kebiasaannya, musim madu tualang di Ulu Muda adalah pada bulan April iaitu time flowering season.

Kemudian, kami bersiar2 naik boat tengok burung2 & hop on kat satu kawasan yang boleh lihat kehidupan haiwan. Tapi, time ni tak nampak batang belalai gajah pun. Nampak binatang kaki pendek tengah minum air je. Burung pun banyak burung layang2 which menjadi satu sumber rezeki penduduk kat sini mengutip sarang burung. Ada la terjumpa burung layang2 separuh albino.

Petang kami check out. Yang sedihnya air sungai dah tak jernih.Keruh semacam lepas hujan disebabkan hakisan tanah drpd aktiviti pembalakan etc. :( Sampai kat jeti,kitorang terus gerak ke pekan Sik & check in hotel budget di Sik Inn.

Actually, task seterusnya kena g interview orang2 MADA & penduduk kampung berkenaan Ulu Muda. Orang2 Kedah sangatlah peramah. Sepanjang sesi interview, penduduk sini bercerita tentang kegiatan pembalakan & pemburuan haram yg giat dijalankan di hutan Ulu Muda. Memandangkan hutan Ulu Muda boleh diakses melalui sempadan Yala, Thailand, pemburu dari negara seberang turut dikhuatiri menjalankan aktiviti haram. So, korang yang baca blog ni boleh la tau betapa aktiviti haram ni boleh menjejaskan sumber pendapatan penduduk setempat & habitat semulajadi haiwan seperti gajah yang semakin pupus.

Sebelum berangkat pulang, kami pekena laksa Zakaria Teluk Kechai, menghirup udara segar di sawah padi & melawat Masjid Zahir which is listed as 1 of 10 most beautiful mosque in the world.

Sawah padi Aloq Star


Laksa Zakaria Teluk Kechai


Masjid Zahir, Kedah




That's all ;)













Tuesday, December 8, 2015

Sweet Escape to Pulau Tioman : Kampung Salang

Assalamualaikum w.b.t & Good Day ;)



Date: 7 - 9 August 2015
Location: Kg Salang, Pulau Tioman
Total Damaged: RM483 (Pakej RM380 all in, RM10 for wifi (optional), RM5 for marine parks ticket & RM5 for ice-cream which I craved so much since the weather is hot, RM83 return bus ticket from TBS(Kuala Lumpur-Mersing)



Now we're back to the story. One fine day, my friend told me that she stressed out with her master thesis & asked me to go for a short escape. I knew that I'll be the master planner of all this journey. Huarghhh, journey la sangat. Well, I'm known as The Mastermind in Fun Activities ;)

So, I started to find packages on end of May. Mula2 nak redah je tapi time date nak g ni cuti National Day's Singapore. Mesti full chalet if main redah. So, aku pun google la pakej yang best. Senang cite the most affordable yet comfortable. Jumpa la pakej kat blog www.wanpulautioman.com Owner blog ni memang handle pakej g Pulau Tioman. Tapi, tempat dia keje kat Island Reef Resort area Kampung Genting. Pakej dia offer RM310/pax for 3D2N. Aku pergi bertiga. Lagi ramai team power rangers korang, lagi murah la pakej ni. Pakej ni all in include tiket pergi balik (RM70) from Mersing Jetty, makan (1x dinner, 1x breakfast, 2x lunch, 1x bbq dinner), 3x snorkeling trips include equipments.

Korang perasan kan aku tulis pakej kat atas skali RM380. Tu sebab aku request kat si Wan ni nak pakej yg stay kat Kampung Salang. Tu yang harga up sikit. Aku pun x tahu kenapa harga kat Salang mahal. Maybe sebab dia kampung yang hujung skali dalam peta Tioman. Aku pilih Salang sebab aku google ramai cakap situ paling cantik. Plus, situ perkampungan diver. Kalo dah perkampungan diver, mestilah dasar dia cantik. So, nak tau betul ke x teori ni jom baca sampai habis.



Peta Pulau Tioman (I stay in Salang which is the farthest village in Tioman from Mersing jetty)


Peta atas ni ada list kan senarai kampung yg ada dalam Pulau Tioman. Kalo dari jeti Mersing, feri akan stop dulu kat Nipah -> Salang based on passenger punya accommodation. Based on pembacaan & maklumat yg aku dapat dari google, org2 yg pernah g Tioman & org2 yg aku jumpa kat Tioman, Genting & Tekek yg biasanya ramai org pergi sebab kat situ kampung dia kira macam pekan la. Semua ada. Tekek ni siap ada airport lagi.

Nak dijadikan cerita, si Wan ni kasitau feri kitorang depart at 4.30am. Aku pula pelik ada ke feri gerak pagi2 buta ni. Suspicious la gak, mana tau dia ni scammer ke apa. Alhamdulillah, dia ni boleh percaya. Memang betul pun feri awal pagi gerak. Sebabnya perjalanan feri ni memang dah dijadualkan begitu menurut pasang surut air. Time kat Tioman aku tanya la apsal feri awal sangat. Sebabnya time yang aku pergi ni air surut awal. Feri kena gerak awal untuk mengelakkan air surut. Bila air surut, feri tak bole sampai ke entrance jeti untuk amek penumpang.


6th August 2015


9.45pm : Disebabkan feri awal, kitorang pun kena la gerak awal. Kami bertiga naik bus S&S dari TBS ke Mersing. Perjalanan mengambil masa 4 jam setengah. Kami sampai di stesen bas Mersing jam 2.30 pagi.


Bus ticket from TBS to Mersing



7th August 2015


2.30am : Sampai saja di stesen bas, kami 3 perempuan Melayu terakhir meredah jalan bandar Mersing menuju jeti Mersing. Ada la dalam 10 minit jalan kaki. Rasa macam cowboy town je sebab senyap sunyi takde orang. Toleh belakang ingat nampak hantu, rupa2nya ramai lagi nak g jeti Mersing. Kalau yang tak tahu direction nak g jeti dari stesen bas tu, korang bole je tanya orang yang jaga kaunter kat situ. Dorang akan tunjuk. Ingat, malu bertanya sesat jalan.

2.40am : Sampai je jeti aku terus cari kaunter No. 3. Kakak yang jaga ni terus bagi tiket feri pergi balik & daftar nama. Sebelum naik feri, kena beli tiket Taman Laut dulu. RM5 je. Then, bole terus masuk feri.


Ferry ticket from Mersing Jetty to Tioman Island


Marine Park Ticket



3.30am : Baru dapat duduk dengan seesa dalam feri. Panjang gila beratur.

4.30am : Feri baru bergerak menuju destinasi. Hooooray ;) Feri yang aku naik ni, mula2 dia stop kat Tekek & last sekali Salang.

6.00 am: Sampai dah jeti Salang. Sampai2 je dah ada orang tanya kitorang stay kat chalet mana? Kitorang pun cakap la Salang Indah & dia terus tunjukkan tempat sambil bawa beg2 kitorang.

8.00am: Breakfast. 1st day, pakej ni tak sediakan breakfast untuk kami. So sad. Beli je la nasi lemak + teh ais sambil makan menghadap pantai.

9.00am : Round area Kg Salang. Kat Kg Salang ni ada banyak gak chalet. Antaranya:

Salang Indah : Chalet ni best sebab owner & pekerja dia sangat peramah. Nanti aku cerita sebab apa aku suka owner dia. Servis makanan dia bagus. Chalet ni ada yang depan pantai. Yang atas pantai pun ada. Tapi kitorang punya chalet tak dapat depan pantai. Pantai depan chalet ni tak boleh mandi sebab banyak batu-batu. Kalau bajet korang sederhana. Boleh la stay sini sebab dia punya chalet rumah kayu. Just toilet aku tak berkenan. Toilet dia bersih cuma nampak tak terurus. Dia patut tukar baru toilet ni.

Elle Place : Chalet paling hujung dekat ngan rumah2 orang kampung. Yang ni chalet paling jimat sesuai untuk backpacker under budget.

Area pantai berdekatan dengan Elle Place. Ni time air surut


Puteri Salang : Chalet ni sangat sesuai untuk family & company untuk buat event. Even bukan depan pantai & kena masuk dalam sikit, dia punya kawasan sangat bersih. Kat tengah2 tu ada rumput luas yang sesuai untuk buat team building aktiviti or anak2 kecil berlari bebas. Suasana kampung sangat. Kawasan dia banyak pokok & sangat redup.

Salang Pusaka : Chalet ni pun depan pantai. Kawasan belakang chalet ni adalah Puteri Salang.

Salang Sayang : Chalet ni pun best sebab dia betul2 depan pantai & pantai ni boleh mandi. Kalau korang jenis yang keluar bilik terus nak main pasir & mandi, boleh la stay sini. Kawasan dia sangat bersih. Pak cik yang jaga kedai kat sini, rajin betul meyapu. Pantang nampak pasir kat kaki lima dia. Depan chalet ni pun ada few khemah, tempat duduk2 & kerusi baring. Ada kedai runcit. So, bole la beli aiskrim kalau rasa panas sangat.


View depan area Salang Sayang


Nora Chalet

Pak Long Chalet : Area ni dekat ngan Puteri Salang. Kecil je kawasan dia. Dekat ngan parit & x nampak pantai. Yang suka tempat secluded, boleh la g sini. Tapi, parit tu berbau.

Salang Damai : Chalet ni sebelah Salang Sayang. Terletak kat atas bukit. Boleh la nampak scenery pantai dari bilik korang. Tengok dari bawah cantik. Tapi, penat gila nak naik chalet ni. Dah sampai atas, macam tak berpenghuni je. Maybe, sebab takde orang selalu bersihkan kawasan ni. Dia bersihkan kawasan bawah je kot sebab penat nak naik atas.

Area depan Salang Damai. Kena turun anak tangga sebab Salang Damai atas bukit


If nak tau details pasal tempat ni & contact, bole visit blog ni infoaday.blogspot.my

12.30pm : Lunch

2.00pm : Snorkeling kat pantai Salang ni je. Time ni air keruh, so tak nampak banyak sangat ikan. Esoknya, baru tau kewujudan berjuta2 ikan kat sini. Tu pun perasan dari atas jeti. Sepatutnya ada aktiviti island hopping. Kena tambah RM30/person. Tapi kitorang dah terlepas boat. Dorang akan bawa keliling Tioman. Sebenarnya, boleh je kami bertiga nak pergi naik boat lain. Just mahal sebab 3 orang je. Kena charge RM70/person. Tu yang frust terus g snorkel kat depan pantai ni je.

8.00pm : BBQ


8th August 2015


8.00am : Breakfast

9.00am : Berkumpul untuk g snorkeling. Time nga duduk menunggu ni, aku & the gang lepak berdekatan owner. Owner Salang Indah ni seorang nenek yang murah dengan senyuman & peramah. Tapi, anak2 & family dia yang uruskan chalet ni. Sebelah nenek ni, ada la seorang visitor. Panjang la diorang borak. Kawan aku yang duduk sebelah nenek ni terdengar la perbualan antara dorang mcm kat bawah ni,

Visitor : Ini kampung nenek yang punya? Wah, kalau macam ni, nenek ni orang kaya la. Kenapa nenek taknak jual kawasan ni or nenek sewakan jela dengan saya. Saya boleh bangunkan tempat ni.
Nenek : Tempat ni  Allah yang punya, bukan saya punya.
p/s: low profile kan nenek ni ;)

9.30am : Snorkeling activity - Coral Island & the other two, I didn't remember the names. Just ingat, satu tu air dia warna hijau nak ke biru & lagi satu tempat shark point. Tapi takde rezeki nampak shark.

Snorkelling kat Coral Island

4.00pm : Balik semula ke Kg Salang & sambung snorkel kt pantai sini.

8.00pm : Dinner

9th August 2015


5.00pm : Pintu bilik kami diketuk oleh pekerja chalet. Isyarat suruh bangun sebab feri kitorang depart jam 6 pagi. Awal gila. Memang masuk2 feri je terus tido.

8.00am : Sampai jeti je terus gerak ke stesen bas. OTW tu kitorang singgah makan kat mamak. Lapar oiii.

9.00am : Sampai je stesen bas terus cari tiket. Tapi tiket balik KL ada jam 12 t/hari. Terpaksa la kami tunggu.

12.00pm : Depart to KL. Sampai dalam jam 5 petang. Balik rumah je memang terus rebah ke tilam yang empuk la jawabnya.


In conclusion, short escape ni berjaya melepaskan stress kerja yang bergelumang dalam otak & dah bole tick dalam travel list yang aku dah jejak Pulau Tioman. Next time, sampai sini nak try Kg Juara or Kg Paya pula. Sebabnya, Kg Juara tu secluded dari kg lain & Kg Paya ni tempat baru & ada resort baru yang best. So, korang yang dah pergi Tioman tu stay kat mana & share la dengan saya ok ;)